Thursday, June 16, 2011

DEMAM !

Demam ape nie? haaa aku nak cakap pasal demam NORA ELENA. 
Sape tu? Makcik aku ke? Bukan..
Nora Elena ni kan drama yang menggilakan manusia sekalian alam semesta niee !
ni la dye ! hehe

Korg pun mesti tau cerite ni hot habis ah ! tapi, bagi orang2 yang tengok je la kan. Bagi yang tak tengok tu semua dok update status kt FB "euhhhh best sgt ker Nora Elena tu?" "kenape semuenye Nora Elena Nora Elena? hellooo best sgt ke?" 
BEST LA WEH ! Aku dulu pun macam tu jugak senanye. Tp sekali dh tengok memang PEHHH la cakap !
Kalau bace kat banyak2 blogger lain pun, mesti ramai yang cakap drama ni menganggu jiwa perempuan kan!
Sebab gegirl semue dah mimpi2 gitu nak boyprenn mcm Seth Tan tuu.


Tapi kalau nak ikutkan memang tak ade la kan lelaki macam tu. Kalau ade pun, baik macam tu, tapi tak kaye. Or kaye, tapi tak baik macam tu. Or kaye, baik but... tak hencem macam tuu.Or maybe ada, mana la kita nak tahu kan? wallahualam.
Ape yang penting, kita kalau nak cari pasangan tak perlu la nak Seth Tan sangat kan.
Cukup la sekadar yang dapat jaga kita dengan baik, mampu tanggung kita (perempuan la kan) and setia.
Tapi, dalam masa bercinta-cinta nie kita mesti masing2 banyak buat silap.
lagi2 untuk kapel2 muda2 nie (termasuk aku) kalau masalah sikit je dalam kepala dah "i nak putus ! nak putus! naaaaaak!" jelas, pemikiran macam ni sangat sangat tak matang ye adik adik (ok aku sedar aku x matang. tapi aku cuba jadi matang!) 
oleh itu, agak dah pening nak buat keputusan nak dalam selesaikan masalah cintan cintun ni and nak tau lelaki tu actually bagus ke tidak untuk kita. Elok la kita berbalik kepada,

CIRI-CIRI LELAKI YANG BAIK DI BUAT SUAMI MENURUT ISLAM.



1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepadaisterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.
2. Tidak Dayus, sanggup menjadi pembela isterinya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan.(Bukan juga jalan kepada isteri itu untuk mengsambil lewakan layanannya kepada suami itu.)
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
Haaaa.. boyfren-boyfren anda diluar sana agak2 ade tak ciri2 ni semua? Kalau ada tu, tolak ansur la sikit bila ada masalah okay? Jangan terlalu sellfish. 
Why i said so? because, true love is really hard to find. A person who truly love you is hard to find. If you have found it, protect it, care about it and not letting it go just to catch something that you want at the moment.
How can you know that he/she is your true love? it is when they hurt you soo soo badly, but all you can think about it is the times when they made you smile. Maybe, sometimes people makes mistakes. So, help them to improve themselves. 
Okay? do give them who stands for your girlfie or boyfie or friends and even people around you 2nd chances. 'cause, kita sendiri pun tak perfect kann and even kita sendiri pun kadang2 needs that 2nd chance to improve ourselves right? Jangan nanti kita sendiri menyesal..
Okay sampai sini je la aku mengarut kali nie. Pesanan last aku, Better three hours too soon than a minute too late !

No comments:

Post a Comment